Friday, March 18, 2011

petua untuk hati

hype~! ari ni aku nak cerita tentang hati memandangkan sebenarnye dah hampir lima hari aku bersedih. tapi masih pura-pura bergembira agar tiada yang risau. to all members yang support aku,thaxx a lot.really appreciate it. senyum. hanya DIA yang dapat membalasnye. ok. cukup. sebelum aku mengarut lebih panjang,ni ade tips yang aku ambil daripada iluvislam.com.

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
sejujurnya memang susah nak buat semua ni terutama kalau hati memang sangat sedih.tapi kalu difikir semula,ALLAH bagi nikmat sedih tu sekejap je berbanding ALLAH bagi nikmat gembira. tapi kita sebagai manusia ni,baru dapat ujian yang xseberapa dah mengeluh.putus asa. (sigh) ape nak jadi. lebih kepada ingatkan diri sendiri ni. ALLAH tidak akan membebankan umatnye di luar kesanggupannye. itu yang harus dipegang. setiap kali kita diuji,bermakna, ALLAH SAYANG AKAN KITA. senyum.

aku sendiri tak tahu dan xyakin dengan diri sendiri.kuat atau tidak menempuh dugaan ni.tapi sebagai hambaNYA, aku cuba. berkali2 member2 cakap 'sabar' . kadang2 ringan je mulut ni nak balas balik cmni 'kau tak rasa ape yang aku rasa' .. tapi aku tak kan sesekali cakap seperti itu padanye.tahu nape? sebab menjadi satu rahmat pada aku kerana aku masih ade dia untuk mendengar keluh-kesah yang tak pernah putus. terima kasih sahabat.

entry kali ni memang aku banyak bercakap. antaranya adalah kerana aku mempraktikkan petua di atas. senyum. 

tadi ade test II microeconomics I. ketawa. aku keluar dewan kuliah awal. sebab? aku dah tak tahu nak hentam ape kat atas kertas tu. lagipun aku ternampak seorang sahabat ku juga mahu keluar. lalu aku terus keluar. mengejar dia. aku tegor...
aku: oi..
sahabat: amacam paper tadi?
aku: jangan tanyalah.kusut.
sahabat: aik???
aku: nape??
sahabat: aku rasa soklan tadi gila senang!
aku: huh?? kau biar betul? aku tengok soklan 1 dah tataw nak jawab ape.
sahabat: betul la.aku study pukul8 pg tadi.
aku:(terdiam) . ok lah. ciao dulu. jumpa isnin.

dalam hati kecil aku masa tu dah macam tsunami. adakah aku sorang yang rasa susah? harap-harap tidak. aku mendoakan sahabat tersebut mendapat kecemerlangan begitu juga aku. ameen. senyum. lagi. dalam hati mula cuak. memikirkan kegagalan. seorang lagi sahabat berkata. " all is well ". lagi. aku senyum. dalam hati aku pun cakap " all is well ".

QUOTE FOR THIS DAY:
'" all is well "

sesungguhnya kelemahan itu datang dari aku sendiri dan kebaikan itu datang dariNYA... inshaALLAH. wallahulam. ciao~~

No comments:

Post a Comment